Friday 14 December 2018

8th Global Conference on Business and Social Science, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, Malaysia, 14 Disember 2018

8th Global Conference on Business and Social Science,  
Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, Malaysia, Kuala Lumpur, Malaysia 
14 Disember 2018
Bersama Dr  Kashan Pirzada, CEO Conference


Azam nan Pudar Tawakkal Ilahi



Salam bicara ruang yang rendang
Mengingat kembali datangnya peluang
Manusia bestari kian girang
Melihat kejayaan nan akan datang

Kajayaan memerlukan semangat
Azam dan usaha mengeluarkan keringat
Waktu dan masa kian singkat
Mungkinkah dapat ia mendekat

Fomula bersatu Allah swt telah canang
Bersatu di bawah tali Allah Islam yang datang
Jangan bercerai Islam gemilang
Baru masalah dapat diterajang

Mungkin kasar bunyinya masalah rakyat
Pemimpin yang adil sangat memikat
Rakyat di bela dan diurus dengan selamat
Baru berkat dunia akhirat

Islam tidak mengira bangsa
Warna kulit jua tahta
Bertauhidkan Allah swt asas utama
disamping amal soleh bekalan dibawa

Iman dan TAQWA modal kecemerlangan
Panji Islam Agung bukan sembarangan
Islam dijunjungAza bersama amalan
Hidup dunia akhirat jua yang berkekalan

Thursday 13 September 2018

Semoga abah tenang di Sana


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
"Dia telah menciptakan mati dan kehidupan sebagai ujian supaya siapa diantara kamu paling baik amalan Dialah Maha Pekasa lagi Maha Pengampun (Surah Al Mulk: 2)
بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
           Dengan rasa penuh keinsafan dan kesedaran ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat semua atas doa ucapan semangat takziat dan ziarah atas pemergian abah kami yang tercinta Hj Baharuddin yang selamat disemadikan jam 9.40 pagi 13 Sep 2018 Khamis di Perkuburan Islam Masjid Sultan Hisamuddin BBST Sepang.
          Semoga Allah membalas anda semua dengan pahala berpanjangan serta iringan doa agar dapat memperoleh sakinah, mawaddah dan rahmat dari Allah swt.

          Abah seorang yang tegas, berprinsip dan sentiasa menjaga amalan agama dan perintah Allah semasa sehatnya. Abah telah disahkan sakit strok pada tahun 2003 yang lalu semasa saya masih lagi di Darul Quran. Saya tamat Darul Quran Jakim pada tahun 2004 dan abah masih sakit yang memerlukan makan ubat darah tinggi sampai hujung hayatnya. Semoga Allah mengampunkan segala dosa beliau.

          Pada 2010 abah disahkan mengidap penyakit asma yang memerlukan pengambilan ubat pernafasan pagi dan petang setiap hari. Pada hujung tahun itu abah telah berpindah dari Temerloh menetap di Bandar Baru Salak Tinggi Sepang. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini kesihatan abah agak kritikal namun masih boleh bercakap dan bergurau dan berjalan2 seperti biasa. Pada 31 Ogos 2018 yang lalu abah telah dimasukan di Wad Hospital Putrajaya. Namun 3 hari setelah itu dipindakan ke Wad  ICU. 

         Kami semua anak beranak agak terkejut dengan setuasi yang berlaku dan mempersiapkan mental dan spiritual apa-apa yang bakal berlaku. Semuanya dalam perancangan Allah dan Allah lebih menyayangi abah kami. 

         Pada 12 September 2018, Rabu Jam 10.35 malam abah menghembuskan nafas menemui penciptanya di ICU Hospital Putrajaya. Beliau meninggalkan seorang Isteri, Siti Aminah dan 8 orang anak yang mana 7 daripadanya adalah penghafaz al-Quran 30 Juz. Pada malam jenazah abah di bawa ke rumah sekitar jam 2.00 pagi di Salak Tinggi anak2 dan menantu berjaya mengkhatamkan 30 Juz al-Quran dihadiahkan kepada abah. Alhamdulillah semua berjalan lancar.

         Jenazah abah dibawa ke Masjid Sultan Hisamuddin pada jam 7.40 pagi untuk dimandikan. Semua anak lelaki abah iaitu seramai 5 orang turut memandikan abah termasuk seorang menantu lelaki dan abang ipar sebelah isteri. Anak perempuan dan ibu kami turut sama menjirus air terakhir semasa memandikan. Terima kasih semua. Cuma pada saat memandikan abah, abah senyum seperti kebiasaan seperti yang pernah saya mandikan beberapa kali sebelum ini.

          Selesai memandikan maka proses memakai pakaian abah seterusnya dipakaiakan pakaian putih. Sekitar jam 8.50 abah dibawah di kawasan tempat solat utama untuk disolatkan. Saya selaku anak sulung lelaki yang no dua menjadi imam dan seterusnya mentalkinkan semasa majlis pensemadian di Tanah perkuburan Islam Masjid BBST B4L99. 
         Allah telah meminjamkan kepada kami abah tercinta, semua anak2 telah berjaya semua masuk Universiti, iaitu 6 daripadanya sedang dan tamat ijazah sarjana muda dipelbagai bidang. antara gambar yang sempat dirakam sebagai ingatan berterusan dan kenangan.
Kali pertama tengok wayang dengan mak abah
Jamuan raya Surau Desa Vista 2018
Kenangan 2017



Sempat abah abadikan kenanagan bergambar bersama Zel di DQ 2018
Pesta Alam Flora di Putrajaya, masa ni mardhiyyah 4 tahun





Gambar abah 2017 makan di PICC, Cha belanja makan
Kenangan 2013 di Cameran Higland
Raya 2017 di rumah baru





Saturday 4 August 2018

Bijak Wang Anak

TIPS SIMPANAN EDUCATION DALAM TAKAFUL
Nak ambil Polisi Simpanan Education anak,
Pastikan caruman bulanan dimasuk kan ke dalam 2 akaun :
1) Akaun Perlindungan (RM50 atau nilai paling minimum)
2) Akaun Investment (baki caruman)
Anda boleh lihat contoh dalam table di bawah.
Caruman dalam akaun Perlindungan tetap SAMA.
Coverage Takaful yg diberi juga SAMA untuk setiap pilihan.
Yg berbeza adalah berapa jumlah caruman yg masuk akaun Investment.
Dan akan berbeza dari jumlah anggaran Simpanan yg kita Target selepas 18 tahun.
Hubungi 013-2029380 untuk temu janji.

Saturday 7 July 2018

Takaful Terbaik


Pakej Perlindungan Takaful Zurich
Maksud Takaful pula adalah pelan perlindungan berdasarkan prinsip Syariah. Dengan mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful dalam bentuk caruman penyertaan ( Tabarru ), anda memeterai kontrak ( Aqad ) bagi membolehkan anda menjadi seorang peserta dengan bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain , sekiranya salah seorang peserta mengalami kerugian yang ditetapkan.
Contoh takaful :
1. Takaful berkaitan pelaburan
2. Takaful Motor
3. Takaful Perubatan dan kesihatan
4. Takaful kemalangan Diri
5. Takaful Empunya Rumah
6. Takaful Keluarga
Takaful mempunyai prinsip asas yang sama. Sebagai contoh , pemegang polisi ( anda ) mestilah mempunyai kepentingan yang sah terhadap barang atau hayat yang diinsuranskan. Ini bermakna, anda akan menanggung kerugian kewangan sekiranya berlaku sesuatu kerosakan atau kehilangan kepada harta benda atau hayat yang diinsuranskan.
A) Dengan pakej Medical card serndah RM200.00
1. Saving
2. Medical card
3. Pampasan sehingga 100K
B) Pakej Education Plan + Medical Card Serendah RM 130.00
C) Pakej Pampasan RM100K
SIAPA LAYAK MEMOHON ?
Surirumah dan Pelajar
Kerja sendiri atau Peniaga online
Blacklisted yang di CTOS/CCRIS
Penduduk tetap ( Kad pengenalan merah)
Usahawan muda dan otai

Cuma perlukan:
1. Nama
2. Tarikh Lahir
3. Lokasi
** Wakil dari lokasi berhampiran akan hubungi anda
TIDAK PERLU:
1. slip gaji
2. penyata KWSP
3. penyata bank
4. apa-apa lagi dokumen lain yang MERUMITKAN.
Segala kos perubatan yang ditanggung sepenuhnya akan memberikan anda ketenangan fikiran untuk tumpuan yang lebih kepada kesihatan diri dan melindungi duit simpanan anda untuk membayar bill sebaliknya biarkan kad perubatan anda yang membayarnya .
Untuk pengetahuan semua , TAKAFUL bukan sekadar MEDICALCARD.. malah lebih lagi, iaitu :-
1) Kasih Sayang Terhadap Keluarga
2) Tabung Persaraan
3) Pelepasan Cukai
4) Terselamat Dari Pemiutang
5) Status Kehidupan yang Bijak
6) Malang Tidak Berbau
7) Kos Kematian/Pengebumian
8) Perlindungan Rawatan Percuma
9) Pekerjaan Berbahaya
10) Tabung Pendidikan
11) Tabung Peniagaan
12) Sumbangan Derma / waqaf Anak Yatim / pesakit
13) Penguasaan Terhadap Wasi/Pewaris
14) Sebiji Telur Setiap Bakul
15) Permulaan Menabung Dengan Baik
16) Untuk Orang Penting / Keyperson
17) Manfaat Pekerjaan Terpenting
18) Perjanjian Jualbeli Syarikat Perkongsian
19) Sementara Masih Sihat
20) Sementara Masa Masih Ada
21) Sementara Masih Muda
22) Kaya Sebelum Miskin (Bergaji sebelum dibuang)
23) Cagaran Pinjaman
24) Mati Tidak Membebenkan Waris / Balu
25) Kenapa Mati Percuma
26) Mahu Takaful Bekerja Untuknya
27) Baru Lulus Ujian Memandu
28) Pelengkap Sebuah Pekerjaan
29) Menambah Harta
30) Faedah Istimewa
31) Ingin Mencapai Impian
Hubungi 013-2029380

Saturday 2 June 2018

Medical Card Murah

Konsep Plan Takaful +Medical Card
Anda perlu buat perbandingan dahulu dengan beberapa takaful operator yg sediakan plan tersebut:
Antara perkara yang perlu dititik beratkan ialah :
1) Had Tahunan - Had tahunan Zurich bermula dgn RM100,000 setahun
2) Had Seumur Hidup - Zurich Tiada had seumur hidup
3) Check sama ada ada Ko Takaful dan Co Payment atau tidak - Zurich tiada co utk kedua duanya.
4) Check berapa hari setahun coverage diberikan - Zurich 200 hari setahun.
5) Adakah ada had utk rawatan dialisis/rawatan kanser yg ditetapkan setiap tahun? - Zurich tiada had.
6) Check juga sebarang NCD yg ditawarkan - Zurich offer NCD utk Standalone & Riders plan.
7) Standalone atau riders - Kelebihan medical as riders boleh attach waiver dlm plan basic yg mana sekiranya anda disahkan salah satu dr 36 penyakit kritikal, caruman dah jadi FREE dan medical card tadi x perlu dibayar lagi.
Sesiapa yg sudah ada plan sedia ada boleh semak dan pastikan plan anda tiada had seumur hidup dan benar2 dapat bantu anda saat anda diuji dengan Musibah kewangan disebabkan sakit.
Cuma perlu buka website setiap takaful pilihan dan dapatkan brochure lengkap seperti yg saya paparkan ini. Jangan mudah percaya kata kata agen dan terus membuat keputusan, sebab banyak kes client x benar benar faham apa yg mereka subscribe. Ambil iktibar dr kes kes terdahulu agar anda dapat yg terbaik.
Semoga dapat manfaatkan.
We Do What Is Right